Sunday, 11 December 2011

Contoh 16 ayat nilai murni

BAHASA MALAYSIA TAHAP 2
BAHAGIAN C

Contoh ayat


  1. Kita hendaklah menjaga kebersihan ( diri / rumah / kawasan persekitaran / alam sekitar ) untuk mencegah diri daripada penyakit.

  1. Kita mestilah bersabar atas segala ( dugaan / masalah ) yang menimpa diri kita kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

  1. Kita hendaklah menghormati ( ibu bapa / guru / rakan / orang yang lebih tua daripada kita ) agar kita disayangi.

  1. Kita haruslah baik hati ( terhadap orang lain / haiwan ) kerana itu adalah sifat yang baik.

  1. Kita perlulah ikhlas ( dalam memberikan pertolongan / bantuan / membuat sesuatu kerja ) dan tidak mengharapkan balasan.

  1. Kita sepatutnya bertanggungjawab ( atas segala perbuatan yang kita lakukan / jika melakukan kesalahan ) agar kita menjadi orang yang berguna.

  1. Kita sewajarnya memberi kasih sayang kepada ( ahli keluarga / rakan / guru ) untuk mengeratkan hubungan.

  1. Kita mestilah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara berfaedah kerana masa itu emas.

  1. Kita hendaklah menjaga disiplin agar hidup kita terurus.

  1. Kita sepatutnya rajin menuntut ilmu untuk ( mencapai cita-cita / berjaya dalam hidup ).

  1. Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara agar dapat ( meringankan beban / menyiapkan kerja dengan cepat ).

  1. Kita haruslah berdikari untuk ( meringankan beban ibu bapa / membuat sesuatu kerja. )

  1. Kita hendaklah menjaga keselamatan diri agar tidak ditimpa ( kemalangan / kecelakaan )

  1. Kita sepatutnya menghargai jasa ( ibu bapa / guru / orang yang membantu kita ) dengan mengucapkan terima kasih.

  1. Kita perlulah tolong-menolong antara satu sama lain untuk ( mengeratkan hubungan / mewujudkan hubungan harmoni )

  1. Kita mestilah berhemah tinggi dalam melakukan sesuatu kerja agar kita disenangi.

1 comment: