Sunday, 11 December 2011

Cara mudah membina jawapan karangan bahagian C bagi murid yang lemah

           Kita mestilah berkerjasama. Kita mestilah baik hati. Kita mestilah mengucapkan terima kasih. Kita mestilah hormat-menghormati. Kita mestilah menghargai masa.

Contoh soalan karangan bahagian C


Bahagian C
( Masa yang dicadangkan : 20 minit )
( 20 minit )

Tulis lima amalan baik yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seman bersalam dan mencium tangan ibunya sebelum melangkah pergi. Di tangannya pula tergenggam bekalan yang disediakan ibunya. Bekalan itu akan dimakannya ketika rehat nanti.

            “ Jangan nakal dan suka bermain-main ketika belajar. Ha, dengar nasihat cikgu! Jangan dibantah,” pesan ibunya lagi.

            “ Baiklah ibu. Man akan ingat pesanan ibu itu. Man janji Man akan belajar bersungguh-sungguh,” balas Seman pula. Kemudian, Seman mencapai basikalnya lalu berkayuh ke sekolah. Sudah tiga tahun dia berbasikal ke sekolah. Namun begitu, tidak pernah pula dia mendapat kemalangan lantaran sikap hati-hatinya. 

 
 














………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Bahagian C
( Masa yang dicadangkan : 20 minit )
( 20 minit )

Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada ptikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nani    : Ibu, ada nampak tak buku latihan Matematik Nani? Puas Nani cari.
Ibu       : Tak ada pula. Ha, lain kali kenalah jaga buku sendiri baik-baik! Jangan letak        
              merata-rata tempat.
Nani    : Maafkan saya, ibu. Lain kali saya ingat.
Ibu       : Cuba tanya kakak kamu! Dialah yang mengemas ruang tamu tadi.
Mira    : Ada apa sibuk-sibuk ni, Nani? Boleh kakak tolong?
Nani    : Kakak ada jumpa buku Matematik Nani tak?
Mira    : Oh, buku Matematik! Tak ada pula di ruang tamu ini. Di bilik tidur dah tengok   
              ke belum?
Nani    : Kalau begitu, bertenanglah ya dik. Mari kita cari bersama-sama.

 
 









………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Contoh 16 ayat nilai murni

BAHASA MALAYSIA TAHAP 2
BAHAGIAN C

Contoh ayat


  1. Kita hendaklah menjaga kebersihan ( diri / rumah / kawasan persekitaran / alam sekitar ) untuk mencegah diri daripada penyakit.

  1. Kita mestilah bersabar atas segala ( dugaan / masalah ) yang menimpa diri kita kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

  1. Kita hendaklah menghormati ( ibu bapa / guru / rakan / orang yang lebih tua daripada kita ) agar kita disayangi.

  1. Kita haruslah baik hati ( terhadap orang lain / haiwan ) kerana itu adalah sifat yang baik.

  1. Kita perlulah ikhlas ( dalam memberikan pertolongan / bantuan / membuat sesuatu kerja ) dan tidak mengharapkan balasan.

  1. Kita sepatutnya bertanggungjawab ( atas segala perbuatan yang kita lakukan / jika melakukan kesalahan ) agar kita menjadi orang yang berguna.

  1. Kita sewajarnya memberi kasih sayang kepada ( ahli keluarga / rakan / guru ) untuk mengeratkan hubungan.

  1. Kita mestilah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara berfaedah kerana masa itu emas.

  1. Kita hendaklah menjaga disiplin agar hidup kita terurus.

  1. Kita sepatutnya rajin menuntut ilmu untuk ( mencapai cita-cita / berjaya dalam hidup ).

  1. Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara agar dapat ( meringankan beban / menyiapkan kerja dengan cepat ).

  1. Kita haruslah berdikari untuk ( meringankan beban ibu bapa / membuat sesuatu kerja. )

  1. Kita hendaklah menjaga keselamatan diri agar tidak ditimpa ( kemalangan / kecelakaan )

  1. Kita sepatutnya menghargai jasa ( ibu bapa / guru / orang yang membantu kita ) dengan mengucapkan terima kasih.

  1. Kita perlulah tolong-menolong antara satu sama lain untuk ( mengeratkan hubungan / mewujudkan hubungan harmoni )

  1. Kita mestilah berhemah tinggi dalam melakukan sesuatu kerja agar kita disenangi.

Teknik menjawab soalan karangan bahagian C

TEKNIK MEMBINA AYAT BAGI KARANGAN BAHAGIAN C





Kita
Hendaklah

Mestilah

Haruslah

Sepatutnya

Sewajarnya

Janganlah



     Nilai murni /

Pengajaran /

Perkara-perkara baik


Untuk

Agar

Supaya

Kerana





Alasan /
sebab-sebab


CONTOH JAWAPAN

         Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri supaya tiada penyakit. Kita juga mestilah meminta kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah supaya ibu bapa tidak risau. Selain itu, kita haruslah membantu ibu bapa untuk meringankan beban mereka. Seterusnya kita sepatutnya menghormati guru kerana guru telah mengajar kita. Akhir sekali, kita sewajarnya belajar bersungguh-sungguh agar kita berjaya.

Teknik menjawab soalan karangan bahagian A


TEKNIK MEMBINA AYAT BAGI KARANGAN BAHAGIAN A

Ingat     Siapa Apa Lokasi Alat Mengapa  ( SALAM )

S
A
L
A
M

1.Ahmad dan rakan-rakannya

bermain bola sepak

di padang




2. Para penyokong

bersorak

di padang

sambil memegang bendera

untuk menyokong pasukan masing-masing.


3. Pengadil

mengadili perlawanan

di padang

dengan menggunakan visel

supaya perlawanan berjalan lancar.



4. Jurulatih pasukan masing- 
    masing

turut memberi sokongan

di padang


agar pemain-pemain bersemangat.



5. Pasukan Brooke F.C

menerima hadiah

di padang


kerana telah memenangi perlawanan tersebut.


              








CONTOH JAWAPAN.


1 Ahmad dan rakan-rakannya bermain bola sepak di padang.


2. Para penyokong bersorak di padang sambil memegang bendera untuk menyokong pasukan masing-masing.


3. Pengadil mengadili perlawanan di padang dengan menggunakan visel supaya perlawanan berjalan lancar.



4. Jurulatih pasukan masing-masing turut memberi sokongan di padang agar pemain-pemain bersemangat.



5. Pasukan Brooke F.C menerima hadiah di padang kerana telah memenangi perlawanan tersebut.

Wednesday, 5 October 2011